Perbicaraan para pemimpin kemerdekaan Catalonia
Perbicaraan para pemimpin kemerdekaan Catalonia

Perbicaraan para pemimpin kemerdekaan Catalonia

Perbicaraan para pemimpin kemerdekaan Catalonia, atau dari segi undang-undang dinamakan Causa Especial 20907/2017 berlangsung di Mahkamah Agong Sepanyol, dan popular dikenali sebagai Causa del procés, merupakan satu perbicaraan lisan yang bermula pada 12 Februari 2019. kes ini diadili oleh tujuh orang hakim dan dipengerusikan oleh Hakim Manuel Marchena. Hakim Pablo Llarena (es) sebelumnya telah mengkoordinasikan satu arahan antara bulan Oktober 2017 hingga Julai 2018, di mana 12 orang telah dibicarakan termasuk bekas timbalan presiden Oriol Junqueras daripada kerajaan wilayah dan kebanyakan anggota kabinet selain para aktivis politik seperti Jordi Sànchez, Jordi Cuixart dan bekas speaker di Parlimen Catalonia Carme Forcadell. Beberapa orang defendan kekal dalam tahanan pra-perbicaraan tanpa ikat jamin sejak bermulanya proses arahan dan oleh itu telah menjalani sebagian daripada hukuman mereka.Para tertuduh dibicarakan di atas kejadian menganjurkan dan menyambut pungutan suara kemerdekaan Catlonia 2017 selepas ia diistiharkan tidak sah dan digantung oleh Mahkamah Perlembagaan Sepanyol, kelulusan undang-undang untuk membatalkan Perlembagaan Sepanyol dan Statut Autonomi di Catalonia telah diistiharkan tidak sah dan kemerdekaan Catalonia diistiharkan pada 27 October 2017.Proses perbicaraan secara rasminya berakhir pada 12 Jun 2019. Satu keputusan sebelah pihak oleh tujuh orang hakim yang menghakimi kes ini didedahkan kepada umum pada 14 Oktober 2019. 9 daripada 12 orang defendan dijatuhkan hukuman penjara di atas jenayah hasutan; antara mereka, empat orang defendan juga didapati bersalah menyalahgunakan dana awam. Hukuman penjara mereka adalah antara 9 hingga 13 tahun. 3 orang defendan selebihnya didapati bersalah atas dakwaan ketidakpatuhan dan didenda. Mahkamah menolak dakwaan pemberontakan.[1] Beberapa defendan dalam perbicaraan ini menyatakan niat mereka untuk membuat rayuan ke Mahkamah Perlembagaan Sepanyol dan Mahkamah Hak Asasi Manusia Eropah.[2][3] Bantahan Catalonia 2019 bermula bagi sebagai tindak balas terhadap keputusan Mahkamah Agong.

Perbicaraan para pemimpin kemerdekaan Catalonia

Tarikh keputusan 14 Oktober 2019 (2019-10-14)
Transkrip
Nama lengkap kes Causa Especial número: 20907/2017 del Tribunal Supremo de España
Mahkamah Mahkamah Agong Sepanyol
Hakim
  • Manuel Marchena (presiden)
  • Antonio del Moral García
  • Luciano Varela
  • Andrés Martínez Arrieta
  • Juan Ramón Berdugo Gómez de la Torre
  • Ana María Ferrer García
  • Andrés Palomo del Arco
Tindakan selanjutnya Sembilan orang tertuduh dijatuhi hukuman penjara antara 9-13 tahun atas dakwaan hasutan dan penyalahgunaan dana awam; tiga orang defendan lagi didenda kerana ketidak-patuhan